Bagaimana-Untuk-Hasilkan-Luka-Palsu-Dalam-Solekan-Kesan-Khas

Dalam sesebuah filem di mana ada babak yang mempunyai kecederaan fizikal dan bagaimanakah anda untuk memberikan kesan luka dan darah itu kelihatan betul pada camera? Seperti biasa anda perlu mahir dalam membuat solekan luka seolah-olah memang betul luka.

Ini adalah cara-cara bagaimana untuk hasilkan solekan luka

  • Gunakan getah cecair di tangan anda dengan buat garisan halus. Tunggu sehingga kering. Nak jimat masa, anda boleh menggunakan pengering rambut untuk keringkan cecair getah.
  • Tarik getah di tengah-tengah dan dipotong dengan gunting. Supaya kulit anda boleh dilihat dari bawah dia. Hati-hati semasa menggunting. Anda boleh gunakan gunting kening agar lebih mudah dan selamat.
  • Gunakan foundation yang betul betul mengikut kulit pelakon agar nampak getah cecair tersebut seperti kulit dia sendiri.
  • Letakkan pembayang mata yang merah dan terang pada bahagian getah yang dipotong.
  • Anda boleh kemaskan solekan luka dengan menambahkan kesan-kesan hitam sedikit pada sekeliling darah tersebut.
  • Jika ingin membuat luka itu dengan kesan darah yang mengalir. Boleh tambahkan lagi darah palsu pada kesan luka tersebut.
proses-dalam-membuat-kesan-luka-solekan-kesan-khas-hasil
bagaimana-untuk-membuat-solekan-kesan-khas-luka-berdarah
bagaimana-untuk-membuat-solekan-kesan-khas-luka
Similar Posts