Bahan-Bahan-Yang-Biasa-Digunakan-Dalam-Menghasilkan-Watak-Solekan-Kesan-Khas

Kesan solekan khas merupakan solekan yang mengaplikasikan kecederaan yang dialami oleh seseorang itu tidak kira sama ada cedera akibat kemalangan terkena pisau atau sebaliknya di tempat yang telah ditetapkan seperti di muka, tangan dan di tempat-tempat lain mengikut kesesuaian jenis kecederaan tersebut.  Kesan solekan khas merupakan solekan yang lain dari yang lain kerana ia melibatkan solekan itu kelihatan seperti seseorang itu ditikam, dikelar dileher dan sebagainya.  Jadi ia tidak sama seperti solekan cantik atau straight make up dan lain-lain.  Kesan solekan khas ini melibatkan bahan-bahan seperti:

  1. Lateks
  2. Aqua color

Lateks merupakan bahan seperti cecair yang akan digunakan sebagai kulit.  Lateks akan diaplikasikan pada kulit yang hendak dilakukan solekan khas.  Akan tetapi lateks yang digunakan itu perlu dikeringkan terlebih dahulu supaya ia mudah untuk dibentuk.  Apabila lateks sudah kering aqua color akan digunakan supaya ia akan merealisasikan lateks yang digunakan supaya ia akan kelihatan seperti lebam pada kulit atau sebaliknya.  Jadi kepentingan aqua color adalah bergantung kepada kepandaian juru make up itu sendiri untuk memberi sentuhan warna yang bersesuaian dengan kesan luka yang dilakukan. 

LATEKS
aqua color

Lateks selalunya amat sukar untuk didapati kerana penjualannya amatlah terhad.  Jadi untuk tujuan merealisasikan demonstrasi solekan kesan khas ini, saya telah memilih cara lain untuk menggantikan lateks iaitu dengan menggunakan tisu dan juga gam PVA.  Apabila telah dibuat kajian tisu adalah bahan utama yang boleh dijadikan sebagai kulit tiruan.  Jadi ia tidak menjadi masalah sekiranya kita dapat berfikir dengan baik untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 


     Selain itu, bahan lain adalah seperti darah. Darah adalah sebagai pelengkap pada luka yang kita hasilkan. Contohnya luka yang dihasilkan adalah dari kesan dari terkena pisau pada tapak tangan. Jadi darah diperlukan untuk melengkapkan hasil solekan khas. Jadi darah yang saya hasilkan adalah daripada bahan:

  • Sirap
  • Nescafe
  • Milo

Jadi kesemua bahan di atas saya telah adunkan supaya ia akan kelihatan sebati dan pekat. Setiap pembuatan darah tidak semestinya dari bahan-bahan di atas ia juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti idea masing-masing.

Similar Posts