Solekan-Kesan-Khas-Tulang-Tangan-Terdedah

Item yang diperlukan untuk membuat solekan kesan khas tulang tangan terdedah ini adalah:

  • Liquid latex (atau gam putih)
  • kertas tisu
  • cat muka atau eyeshadows
  • liquid foundation
  • Darah palsu

Potongan dan luka sangat bagus tetapi mungkin anda ingin membuat luka yang lebih mendalam dan mengerikan dengan menunjukkan beberapa tulang yang terdedah. Terdapat banyak cara untuk membuat ilusi tulang palsu. Untuk membuat ilusi tulang palsu ini sangat mudah dan anda boleh melakukannya tanpa produk SFX khas yang mungkin belum anda miliki. Hanya memerlukan barang DIY sahaja untuk belajar bagaimana untuk hasil kan kesan khas tulang terdeah ini. Gunakan liquid latex untuk membuat kesan luka pada tangan atau di mana- mana yang anda mahukan untuk membuat solekan kesan khas. Selain itu, kertas tisu boleh juga di gunakan untuk menghasilkan kesan luka anda boleh gunakan cat muka atau eyeshadow untuk menampakkan luka anda lebih realiti dan pastikan sekeliling luka yang anda buat dikemaskan dengan liquid foundation yang bersesuaian dengan kulit. Akhir sekali letakkan darah palsu di atas solekan kesan khas luka tadi. Seperti biasa, jika anda tidak ada darah plasu anda boleh membuat darah palsu anda sendiri.

Similar Posts