Tiga Perkara Yang Anda-Perlu-Tahu-Tentang-SFX-Make-Up-Atau-Solekan-Kesan-Khas

Jadi, anda tahu apa itu solekan kesan khas, tetapi bagaimana sebenarnya ia berbeza dengan solekan tradisional? Sebelum kita membincangkan cara membuat kit solekan SFX, berikut adalah tiga perkara yang harus anda ketahui.

Anda Tidak Akan Menggunakan Produk Biasa Solekan

Tertanya-tanya apa solekan yang akan digunakan untuk kesan khas? Dalam menghasilkan solekan kesan khas ini, terdapat lebih banyak keperluan seperti foundation dan eyeliner yang sudah anda simpan di beg solek anda. Tetapi perlu dingatkan berus solekan yang biasa digunakan untuk solekan cantik tidak boleh digunakan dalam menghasilkan solekan kesan khas kerana takut boleh merosakkan kulit muka anda. Perkara seperti darah palsu dan susu getah cair akan menjadi keperluan solekan kesan khas baru anda. Ringkasnya, solekan SFX ini adalah lebih berat sedikit.

Harga Produk Solekan Kesan Khas Sangat Berpatutan

Berapakah kos solekan SFX ini? Anda perlu lakukan banyak survey harga-harga produk sfx ini. Boleh jadi mahal dan boleh jadi murah juga, semua bergantung pada produk yang anda pilih. Walaupun begitu, anda mungkin tidak akan memakai atau menggunakan solek kesan khas sekerap yang anda lakukan dengan solekan biasa. Jadi anda tidak perlu mengisinya semula dengan kerap.

Mulakan dengan Sederhana

Ini adalah fakta bahawa solekan SFX boleh jadi mahal, pastikan anda bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik dan menyempurnakan kemahiran anda. Oleh itu, sebelum anda pergi dan membeli ukuran lebih besar dari setiap produk dalam kit anda, pastikan anda seronok dalam mempelajari sesuatu teknik yang baru dalam solekan SFX.

Similar Posts