

Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk menjadi seorang jurusolek kesan khas kerana ianya memerlukan kesabaran kerana dalam proses menyiapkan sesebuah pelakon untuk menghidupkan watak yang bersesuaian dengan jalan cerita di dalam skrip mengambil masa yang lama.
Di bawah ini merupakan tips bagaimana untuk menjadi seorang jurusolek kesan khas.
Kemahiran
Kemahiran dalam solekan kesan khas amat penting, jadi jika anda berminat dalam solekan kesan khas di dalam pembikinan filem atau teater, anda perlu pelajari asas dalam solekan kesan khas dan seterusnya anda perlu mahirkan diri dengan sentiasa practice teknik solekan kesan khas. Semakin lama anda dapat mahir dalam teknik solekan kesan khas, semakin dapat hasil yang luar biasa.
Kajian
Anda yang masih baru dalam bidang solekan kesan khas, sudah pasti anda tidak ada pengalaman. Jadi anda harus selalu membuat kajian dalam bidang ini, mengkaji watak apa yang hendak dilakonkan. Anda perlu tahu jenis-jenis solekan yang ada, cara dan proses untuk melakukannya serta bahan-bahan yang perlu digunakan.
Langkah ini sangat perlu kerana bidang ini akan melibatkan orang yang akan anda solek. Perlu ingat bahan yang diguanakn dalam solekan kesan khas perlu sesuai dengan orang yang akan disolek kerana ada orang memunyai kulit yang sensetif.
Paling penting tidak semua orang mempunyai bakat dalam menghasilkan solekan kesan khas. Ia memerlukan minat yang mendalam tentang seni dan hargai setiap apa yang akan dihasilkan. Anda juga perlu rajin mempraktikkan apa yang anda pelajari supaya proses penghasilan solekan tersebut lebih mudah dan nampak lebih realiti.
Bahan Dan Peralatan
Anda perlu kenali bahan yang hendak digunakan dalam solekan kesan khas serta peralatannya. Proses solekan kesan khas sangat memerlukan masa. Ada yang perlukan masa 2 jam dan yang perlukan masa sehingga 7 jam bergantung kepada jenis solekan kesan khas yang dipilih. Tempoh seperti ini hanyalah untuk menghasilkan kesan yang ringkas seperti luka, koyak, zombie, hantu, patah dan kesan-kesan lecur.
Portfolio
Untuk bertahan dalam bidang ini sebagai seorang jurusolek kesan khas, anda perlu rajin melakukan solekan kesan khas tanpa mengira keadaan projek. Untuk menjadi lebih mahir anda perlu menghasilkan paling kurang 3 solekan seminggu untuk menambahkan isi portfolio anda.
Sentiasa Mengikuti Perkembangan Industri
Anda sangat digalakkan untuk mengikuti perkembangan semasa supaya anda sedar apa yang berlaku dalam bidang ini dan tidak ketinggalan jauh dengan teknik-teknik terkini.
Solekan boleh diumpamakan seperti anda melukis di atas sebuah kanvas. Untuk melakukan setiap solekan sama ada solekan ringkas mahupun rumit, anda memerlukan fikiran yang kreatif. Hanya dengan kreativiti dapat menghasilkan solekan yang anda kehendaki.
Semakin banyak anda melatih diri dalam bidang solekan ini, suatu hari nanti anda akan jumpa gaya solekan anda yang tersendiri. Ketika itu anda akan dikenali sebagai seorang jurusolek solekan khas yang mempunyai keunikan tersendiri.